FIQH AL-SIRAH 1

Bondanya telah wafat ketika baginda berusia enam tahun. Ini membawa baginda menjadi seorang
yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik RasulULlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam tetapi tidak berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu
baginda berusia lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.

FIQH AL-SIRAH 1

Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami
kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan
menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai
menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan kelihatan
riang dan uncang—uncang susunya penuh dengan susu.Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang Imam Hadith Nabi) bahawa RasuluLlah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani Sa’d. Ketika itu baginda baru berusia lima tahun. Selepas itu dihantar kembali ke pangkuan ibunya.

FIQH AL-SIRAH 1

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar
masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah.
Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah SubhanahuWata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 (dua belas) haribulan Rabi’ul Awal.Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini adalah mengikut adat resam orang—orang ‘Arab di kala itu.

FIQH AL-SIRAH 1

KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN PENYUSUANNYA
Nasabnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallatn, keputeraannya dan penyusuannya.
Adapun nasabnya SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah A1-Hamd. bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama
‘Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin
Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin
Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang payah hendak dipegang. Tetapi tidaldah ada
sebarang khilaf atau bersalahan pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail
‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam dan Allah telah memilihnya dan sebaik—baik khabilah
dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya.

FIQH AL-SIRAH 1

Dengan itu barulah dapat dikenali kedudukan sebenar antara Islam dan pemikiran jahiliyyah yang
pernah menjadi panduan kepada bangsa Arab sebelum kelahiran Islam, sama seperti dikenali kedudukan
sebenar antara zaman jahiliyyah dengan zaman Milah Haniflyyah yang diutuskan Ibrahim ‘alai hissalam
untuknya.Dan dengan itu jelaslah sudah bahawa kerana itulah Rasul mengekalkan banyak di antara adat dan prinsip yang menjadi panduan dan ikutan kepada bangsa ‘Arab, di samping banyak pula adat dan tradisi mereka dihapuskan semuanya dengan bertindak perang untuk menghapusnya.
Hanya sekadar ini saja kita habiskan muqaddimah yang amat penting ini untuk diketengahkan di
permulaan pembelajaran sirah ini untuk mendapatkan sari pati Sirah Nabawiyyah dan untuk mendapatkan kefahamannya secara mendalam bersama tauladan dan pengajarannya.
Seterusnya, anda pembaca akan dapati di sekitar bahasan bahasan kami berikut mi lebih banyak
keterangan yang boleh membantu menguatkan lagi penjelasan—penjelasan yang telah kami berikan,
semoga akan bertambah jelas hakikat kedudukan yang sebenarnya.

FIQH AL-SIRAH 1

Tidak syak lagi bahawa kita tidak hendak membetulkan kerja pengkaji dan pemesungannya
seperti ini, membetul dengan meneliti dan menyelidik, kerana sudah jelas pembohongannya, akan sia-
sialah jika kita tumpukan tenaga untuk penyelidikan terhadapnya, tetapi tujuan kita hanya supaya para
pembaca tahu sejauh manakah mereka yang berkenaan telah di bawa oleh fanatik buta, sama seperti kita mahu supaya orang orang yang terpengaruh dengan cara penyampaian dan ulasan sarjana-sarjana barat,dan sejauh mana peranan pengaruh “Taqlid A ‘ma” (Meniru Buta-tuli) yang terkeji itu terhadap
sebahagian muslimin ini sendiri!.

FIQH AL-SIRAH 1

Sementara teks asal dan kitab “Hujjatul alBalighah” memberi ibarat seperti berikut:
“Dan ketahuilah sesungguhnya Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dibangkitkan dengan agama Hanaifiyah Ismaili ya (mengikut agama Ibrahim dan Ismail), untuk membetulkan yang
pincangnya, untuk menghapuskan pemesungannya, untuk menyinarkan nurnya, dan kerana itulah Allah
berfirman: (….agama bapa kamu Ibrahim ….) Bila begitu kedudukannya, semestinya prinsip agama itu
terselamat dan sunnahnya (syari’atnya) telah ditetapkan, dengan itu bila Nabi dibangkitkan kepada satu
kaum yang masih ada Sunnah Rasyidah (syariat yang betul) pada kaum itu, maka tidak ada makna untuk mengubah dan menukarnya, malah wajib dikekal dan dikukuhkannya kerana sunnah itu sesuai dengan jiwa mereka dan lebih kuat untuk dihujjahkan kepada mereka. Bani Ismail (bangsa ‘Arab) adalah
mewarisi turun temurun manhaj dan bapa mereka Ismail, mereka tetap berada di atas syan’at itu
hinggalah ‘Amru Bin Luhay mula memasukkan perkara-perkara palsu mengikut pemikirannya ke dalam
syariat itu, maka sesadah ia dan disesatkannya orang lain, dan bermulalah penyembahan berhala,
mengadakan (Saibah), dan (Bakhirah), maka dan situlah mulanya kerosakan agama, bercampur antara
yang betul dengan yang salah, mereka ditewaskan oleh kejahilan, syirik dan kufur, lalu Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun dibangkitkan untuk membetulkan penyelewengan mereka dan untuk
memulihkan kerosakan mereka, maka Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memerhati pada syariat mereka,
dikekalkan yang tepat dengan manhaj Ismail ‘alaihissalam atau dari syiar Allah, dihapuskan perkara
tokoh tambah atau pemesungan, malah dimestikan penghapusan itu.”

FIQH AL-SIRAH 1

Teks asal yang telah digugurkan dan dipesungkan itu seperti berikut:
“Sesungguhnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, dibangkitkan dengan kebangkitan yang mengandungi tujuan satu ke bangkitan yang lain; yang pertamanya hanyalah kepada Banu Ismail (bangsa Arab).. kebangkitan ini untuk memastikan supaya syari’atnya berteraskan syi’ar—syi’ar dan cara—cara
ibadat Banu Ismail itu, juga cara-cara yang boleh difaedahkan yang sedia ada pada mereka, dengan itu
syara’ merupakan islah (pembaikan) kepada apa yang sedia ada pada bangsa Arab, syara’ tidak
memberati mereka dengan apa yang mereka tidak tahu asal-usulnya ….).

FIQH AL-SIRAH 1

Gibb telah menyalin sebahagian dan teks Shah Waliyullah Dablawi dari kitabnya “Hujjatullah Al-Balighah” J.1.H. 122. Dia begitu yakin bahawa tidak ada pembaca bukunya akan berusaha untuk
merujuk kepada kitab Hujjatullah Al-Balighah itu bagi memerhatikan teks asalnya, maka diubahnya
maksud kandungan asalnya mengikut hawa nafsunya, digugurkan apa yang sepatutnya bagi
membolehkan pemesungan dan menjadi songsang daripada maksudnya yang sebenar, dibuatnya dengan
begitu teliti dengan harapan agar ia tidak dipersalahkan dalam hal ini.

FIQH AL-SIRAH 1

Ketara benar; ketika Gibb duduk membaca tulisan terjemahan muqaddimah bukunya ke bahasa
Arab, terbayang di fikirannya bahawa pembacanya akan terpengaruh dan pemikirannya akan menolak dan menghina Islam. Namun deniikian ia mencelah juga mengecualikan diri……..
Dia mengecualikan diri dan mempersendakan Islam dengan mengatakan: “Bahawa beberapa
bahagian isi kandungan mengenai ini bukanlah berdasarkan kepada pemikiran dari otak penulisnya,
malah berdasarkan kepada dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang diberikan oleh segolongan ahli fikir dan cendikiawan muslimin sendiri, banyak juga nama tokoh tokoh ilmuan Islam yang dikaitkan,
memadailah seorang saja saya sebutkan sebagai contoh, iaitu Tuan guru Shah Waliyullah Dahiawi.