Books and Book Chapters

INSTITUSI PENGAJIAN SYARIAH & SAINS ERA KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

Page 1

 BAB I

 PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang dan berkembang seiring dengan kemunculan ajaran Islam sejak 1429 tahun yang lalu. Dalam usaha untuk melaksanakan program pendidikan yang cemerlang, suatu sistem yang teratur dan kurikulum yang bersepadu amat diperlukan. Matlamat tersebut dapat dicapai sekiranya kitab suci al-Quran diteliti dan dikaji dengan sedalam-dalamnya untuk dipraktikkan. Al-Quran amat menekankan kepentingan apa sahaja yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan dan memupuk kerohanian insan.

 

Objektif utama pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik dan beriman supaya ia dapat menerajui corak kehidupan yang sejahtera dan berjaya di dunia serta mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di akhirat. Segala prinsip dan peraturan yang menyusun kehidupan seorang insan tidak hanya terserah kepada takdir dan kebijaksanaan berfikir semata-mata. Sebaliknya, kehidupan insan sebenarnya ditentukan oleh peraturan Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T; (al-An‘ām, 6: 38)