Pantun Pahlawan

Pantun Oh Pantun….

*“`PANTUN HARI PAHLAWAN:-

DEPA²,KITA²..“`*

*“`Depa selalu MENANG,“`*
*“`Kita selalu KALAH,“`*
*“`DEPA senang lenang,“`*
*“`KITA susah payah..“`*

*“`Depa tak TENGOK,“`*
*“`Kita tang MANA,“`*
*“`DEPA yg seronok,“`*
*“`KITA yg merana..“`*

*“`Depa kata SAYANG,“`*
*“`Kita dah HULOQ,“`*
*“`DEPA dah kenyang,“`*
*“`KITA dok kebuloq..“`*

*“`Depa pakai SERKUP,“`*
*“`Kita guna PARANG,“`*
*“`DEPA serba cukup,“`*
*“`KITA serba kurang..“`*

*“`Depa nak GADAI,“`*
*“`Kita tak GADOH,“`*
*“`DEPA yg pandai,“`*
*“`KITA diperbodoh..“`*

*“`Depa diJUNJUNG,“`*
*“`Kita tukang KIPAS,“`*
*“`DEPA disanjung,“`*
*“`KITA ditindas..“`*

*“`Depa makan ISI,“`*
*“`Kita makan TULANG,“`*
*“`DEPA poket berisi,“`*
*“`KITA kering kontang..“`*

*“`Depa semua FREE,“`*
*“`Kita kena BELI,“`*
*“`DEPA tuding jari,“`*
*“`KITA kena buli..“`*

*“`Depa duit BANYAK,“`*
*“`Kita hutang MERATA,“`*
*“`DEPA tidoq nyenyak,“`*
*“`KITA sengkang mata..“`*

*“`Depa pilih KAWAN,“`*
*“`Kita pilih SAHABAT,“`*
*“`DEPA untong sakan,“`*
*“`KITA rogi merempat..“`*

*“`Depa sejuk AIRCON,“`*
*“`Kita panas BERAPI,..“`*
*“`DEPA jadi ikon,“`*
*“`KITA diketepi..“`*

*“`DEPA shopping luaq negara,“`*
*“`KITA belilah barangan buatan malaysia..“`*

 

Hasil nukilan: Jafri Yusuf

Seloka Nasihat

Seloka Nasihat

Apabila amanah sudah dipeluk
Banyakkan kerja daripada duduk
Celikkan mata jangan mengantuk
Ditegur disapa jangan merajuk
Diberi nasihat jangan merutuk
Diberi rezeki jangan kemaruk

Bersilang pendapat jangan mengaruk
Bersilang langkah jangan mengamuk
Bersilang faham jangan mengutuk

Jagalah akal supaya tak suntuk
Jagalah langkah supaya tak tertumbuk
Jagalah kepala supaya tak terantuk
Jagalah nama supaya tak busuk
Jagalah tegak peliharalah duduk
Supaya bekerja hasilnya elok

بهاسكو نن اينده

Seloka

*Seloka Grup Whatsapp*

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti berita disebar,
Minta kawan buat komentar
Lambat dibalas hati tak sabar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan…
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan jaga ucapan…

Sekadar ini seloka diberi,
Harap ada yang ambil perhati,
Jangan terasa diri diperli,
Hanya sekadar menghibur hati.

Seloka Nasihat

Seloka Nasihat

Pemimpin umat berdada lapang,
Hati bersih befikiran panjang,
Sabar menerima pendapat orang,
Ditegur disapa tidak kan berang,
Diumpat dikeji takkan meradang,
Hatinya terbuka memaafkan orang,
Berdendam kesumat ia berpantang.

Pemimpin umat tulus dan ikhlas,
Berbudi tidak mengharap balas,
Memikul amanah tahan melengas,
Rela berkorban menjalankan tugas,

Pemimpin umat bertimbang rasa,
Pahit dan manis sama dirasa,
Berkuasa tidak paksa memaksa,
Berpangkat tidak membuang bangsa.
اوله: بهاسكو نن اينده

Lelucun

Lawak Petang

Orang Amerika bila tengok bulan dia orang fikir maca mana nak takluk bulan.

Orang Russia bila tengok bulan dia orang fikir macam mana nak pergi bulan.

Orang China bila tengok bulan dia orang fikir apa bisnes boleh buat kat bulan

Orang MALAYSIA bila tengok bulan dia orang fikir macam mana nak hidup bulan ke bulan….

Amanat Tahun Baru NC 11012016

Amanat Tahun Baru Naib Canselor Kepada warga UTM pagi ini… dewan penuh

Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.
Foto Ibnuabid Safar.

Bengkel Webometrik

Alhamdulillah

Hari ini bermula penggunaan lamanweb sendiri

Testing to facebook

Testing from web to facebook

Today HCI class

To my HCI student. today class will discuss about your project

HCI short drama

The User is a King and an example of Short Drama from Stanford University.
This could give some inspiration to your group presentation